| Thursday, 24-Jul-2008 07:29 |
|
Mekah Al Mukarramah
|
|
Sori bebanyak sbb tuan rumah amik masa terlaaaalllluuuu lama utk update FP nih. Kekangan masa dan ketandusan idea sebenarnya....
Aku nk bercerita details pun rasanya tak mampu utk masa ini. Memadailah rasanya dgn gambar2 yg ada, utk menceritakan suasana dan keadaan di Tanah Suci. :-) Orng putih kata 'pics speak more than words.. ;-)
Inilah Baitullah yang menjadi kiblatku selama aku hidup 29 tahun, dan tentunya menjadi kiblat kepada seluruh makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini. 31 March 2008, pukul 11.50 pm (kalo waktu Malaysia, tambah 5 jam).. itulah kali pertama aku dan suami melihat sendiri Ka'abah yang slama ini hanya terbayang di mata atau di tikar sembahyang..Subhanallah, Maha Suci Allah, tiada kata2 yg dpt digambarkan, melainkan hanya dgn curahan air mata kegembiraan. Abang sendiri pun sebak..speechless..melihatkan Ka'abah yang betul2 berada di depan mata. Hanya mereka yg pernah melalui pengalaman ini sahaja yg mampu memahami perasaan kami ketika itu :-)..Syukur Alhamdulillah..
Malam tu kami menunaikan Umrah yang pertama (bermiqat di Bir Ali, berhampiran Madinah) dalam hidup kami.. dan Alhamdulillah, segala ibadah umrah itu dapat disempurnakan sehingga pukul 2.30 a.m. Selepas itu, kami balik ke hotel utk berehat (lepaskan lelah perjalanan 8 jam dr Madinah) dan membersihkan diri.. Pukul 3.45 a.m, kami dah bergerak menuju ke Masjidil Haram utk menunaikan solat subuh. Nak bagitau, jarak hotel penginapan ke Masjidil Haram dlm 200 m.. ;-)
Masjidil Haram selepas solat subuh
Rindu kami pada Baitullah x pernah pudar. Kalo diizinkan mmg tiap2 tahun kami nak datang lagi ke Tanah Suci ni. Moga Allah murahkan rezeki kami dan jemput kami jadi tetamunya lagi..aminnn
Inilah tempat bersaie.. di antara Bukit Safa dan Marwah.. Satu pusingan saie adalah lebih kurang 450 m.. jadik kalo kali tujuh, dalam 3 km lebih le berjalan.. Mmg berpeluh le dibuatnya. Tapi takpe, kalo penat, mmg blh berhenti rehat, sambil meneguk air zamzam. Ilang penat sambung balik. ;-) Kalo yg sebelah kiri gambar ni, jemaah yg tengah bersaie dr Bukit Safa ke Marwah. Nampak tak lampu hijau kat depan tu? Itu permulaan bagi jemaah lelaki berlari2 anak masa bersaie..
Gambar ni aku snap, kat level 1, beberapa jam sblm solat Jumaat. Nampak lapang lagikan..sbb masa ni baru lbh kurang pukul 11 am. First time bersolat jumaat, dan dgr khutbah Jumaat dalam bahasa Arab :-D .
Bersama mutawif favorite kami spjg perjalanan umrah, Ustaz Anwar Musaddat. Muda lagi dan he's so cool :-D Ustaz Anwar banyak membantu dan membimbing kami masa di Tanah Suci. Kalo ade je jemaah yg perlukan pertolongan, seboleh2nya dia akan bantu. Dia x kisah pun kalo kami ajak dia bimbing tika kami nk buat umrah tambahan.. :-D Thanks ustaz, hanya Allah yg dpt membalas segala jasa ustaz. Kami kat sini sentiasa mendoakan kesejahteraan ustaz sekeluarga di sana.. Terngiang2 dgr suara ustaz berbicara ;-)
Ni masa kat Kilang Kiswah (Kelambu Ka'abah). Pak Arab yg berdiri tu, beriya2 suruh abang duduk kat tempat dia..Mana nk paham dia ckp Arab, memula tu ingatkan dia marah, kot2 kitorng ade buat salah. Alih2 dia bangun, pegang dan tarik abang, suruh duduk kat tempat dia.. LOL LOL LOL suruh posing tengah mengait sebenarnyaa LOL
Yang ni kat telaga zamzam yg terdapat kat Muzium Haramain. Muzium ni bersebelahan jer dgn Kilang Kiswah. Banyaklah bahan-bahan tinggalan sejarah, terutamanya yg melibatkan Baitullah dipamerkan kat sini. Contohnya telaga zamzam nih. Telaga zamzam yg skrg ni kat Masjidil haram tu mmg dh ditutup utk umum.. Jadi kalo nk tgk mcm mana rupa telaga zamzam yg dulu2, kena la tgk kat muzium je.
Belakang tu adalah Jabal Tsur. Nampak tinggi dan sememangny tinggi pun. Xdelah kitong panjat Jabal Tsur ni, cukuplah bergambar kat bawah ni je. :-D Kat dlm gua Jabal Tsur ni, berlakunya kisah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dari dikejar oleh pihak Quraisy. Bila Rasulullah bersembunyi dalam gua, dengan izin Allah labah-labah buat sarang kat muka gua ni. Jadinya orng kafir x pikir Rasulullah bersembunyi kat dalam bersama Abu Bakar
Tiket penerbangan balik, rasa mcm baru jer sampai..dah nk balik. Flight kami pukul 3 a.m :-S :-S :-S
Abang (with his new image :-D ) dengan Uncle Sam, Makcik Su dan anak daranya, masa kat Airport King Abdul Aziz, Jeddah.
Alhamdulillah, 8 jam penerbangan, kami selamat sampai di KLIA pukul 5 pm..
|